hmm....
dah lama tak bukak blog nie..
sebelum ini saya telah membentangkan permainan bola jaring@netball...
untuk aktiviti seterusnya......
saya akan berkongsi permainan bola keranjang...
saya harap melalui blog ini saya dapat berrkongsi maklumat yang saya tahu dan saya pelajari...
About Me
- PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH RENDAH
- I'M A TEACHER FROM '05 TIL NOW.I STAY AT KUANTAN, PAHANG.
Thursday, 15 December 2011
Saturday, 10 December 2011
ANTARA TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH MAHASISWA.....!!!
"Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada" Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna di atas jelas menggambarkan begitu beratnya amanah dan tangungjawab yang terpikul dibahu kita dalam konteks mahasiswa. Antara tangungjawab dan amanah.
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyatakan terdapat empat asas penting kepda mahasiswa iaitu:
a) Keimanan
b) Keikhlasan
c) Semangat
d) Usaha
b) Keikhlasan
c) Semangat
d) Usaha
Antara amanah dan tanggungjawab. Dengan hasrat memajukan agama dan bangsa. Dalam kita melaung-laungkan kemajuan dari sudut fizikal, material dan yang penting yakni akal budi.
Rupanya kita ini jauh benar ketinggalannya. Meskipun pesatnya dibina universiti, kolej universiti dan kolej-kolej. Namun masyarakat mahasiswa gagal membudayakan kecintaan kepada ilmu. Jelas dalam wilayah autoriti kita sejauh mana mahasiswa membudayakan amalan membaca sebagai sahabat akrab.
Seorang sarjana futuris ,Tofler (powershift -1991) turut mengakui bahawa penguasaan ilmu dan maklumat adalah satu-satunya senjata dekad ini yang akan mendominasikan penguasaan mana – mana masyarakat bertamadun. Keupayaan mengekplositasi dan penguasaan maklumat akan menentukan keunggulan dalam menguasai kuasa politik, ekonomi, kewangan, militari dan segenap bidang dalam kehidupan manusia sejagat.
Penguasaan ilmu dan maklumat menjadi lebih penting kepada masyarakat amnya dan mahasiswa khususnya ketika era yang dicengkam dengan arus sejagat, atau apa yang disebut globalisasi.
Dalam arus globalisasi ini, kapitalisma mencengkam dunia. Kita dapat melihat bagaimana yang kaya akan menguasai golongan miskin. Bahkan yang lebih kaya akan membaham yang kaya. Yang laju akan meninggalkan yang perlahan. Yang lebih laju akan lantas merempuh apa sahaja yang di hadapan.
Jelas di sini mahasiswa perlu sedar. Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan kantungan ilmu yang penuh di dada. Mahasiswa perlu bangun tidak lagi alpa. Sangat sedih apabila semangat juang makin pudar dalam jiwa mahasiswa. Tidak kedengaran nada-nada pengharapan kepada mahasiswa daripada masyarakat.
Andai dahulunya mahasiswa ini adalah agen perubah masyarakat kini tidak lagi. Masyarakat sangat hampa pada kita. Kedangkalan dan kegagalan kita dalam menguasai ilmu sangat menyedihkan. Universiti sebagai pusat kecermerlangan ilmu tidak lagi dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa.
Keutamaan Mahasiswa
Umat diluar sana sedang diserang musuh, umat disana sedang dilanggar musuh. Mengapa kita mahasiswa masih leka dan alpa dengan pesona kelalaian? Akademi fantasia, Malaysian idol dan beberapa program lain yang sejelek dengannya menjadi kegilaan muda-mudi masa kini.
Terjebak dengan kancah kegilaan ini juga adalah mahasiswa yang sering mendabik dada sebagai golongan yang kulit tanpa isi atau kulit berisi hampas. Tanpa kita sedar bahawa gejala hendonisme ini tidak menyuburkan intelektualisma tetapi terus menyuburkan gejala kebodohan.
Mahukah nilai begini terus dilabelkan pada mahasiswa? Hanya mahasiswa sendiri yang akan dapat mengubah persepsi yang negatif ini. Ayuh mahasiswa, bangun dan bersemangatlah! Mari kita kembalikan budaya kecintaan kepada ilmu.
Mari kita sepadukan kecintaan total dan keutamaan yang utama kepada penguasaan ilmu. Seiring hasrat membangunkan negara. Dari segi material dan pembangunan insan. Hanya ilmu adalah senjata yang paling ampuh untuk membela agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan dibiarkan negara ini dijajah sekali lagi. Atas dasar kedaifan kita dalam penguasaan ilmu.
Keutamaan penguasaan ilmu tidak dapat dinafikan peri pentingnya. Acapkali kita mendengar betapa pentingnya ilmu. Dengan keilmuan kita dapat merubah segala. Sehingganya surah pertama juga adalah bermula dengan "Bacalah".
Angin perubahan
Marilah kita berubah. Kita perlu berubah untuk merubah. Jangan lagi kita membiarkan nama-nama kita terus diconteng-conteng, dicarik-carik lagi. Di samping perjuangan terus di semarakkan.
Keutamaan kecintaan ilmu jangan dikesampingan. Dengan pengusaan ilmu, kita akan lebih dinamik, progresif dan proaktif serta responsif dengan keadaan semasa. Jangan ditunggu esok.
Bermulalah hari ini. Umat di luar sana menangis melihat kecurangan kita membelakangkan tanggungjawab kita sebagai mahasiswa dan kealpaan dan kelalaian kita menjalankan amanah sebagai hamba Tuhan.
BOLA JARING!!!!
Bola jaring????
Apa itu bola jaring???
Apa itu bola jaring???
Melalui hasil rujukan yang saya buat daripada beberapa buku ilmiah, ensiklopedia dan internet saya dapat membuat kesimpulan mengenai permainan ini.
Bola jaring adalah sukan berpasukan yang berasal daripada Amerika Syarikat dan menyerupai permainan bola kernjang. Dicipta pada 1895 oleh Clara Gregory Baer, seorang peneraju dalam sukan wanita, bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular diIndies Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.Terdapat tujuh pemain dalam setiap pasukan, yang diberi kedudukan yang ditetapkan. Setiap pemain perlu memakai "bib" untuk menentukan dan menunjukkan kedudukan pemain kepada pihak lawan pengadil mahupun rakan sepasukan.
Friday, 9 December 2011
What is Netball?
FROM MY RESEARCH IN WEB I GOT SOME INFORMATION:
NETBALL is the world's most popular team game for women, and is played on all continents, in over 70 countries by over 7 million people. Within the Commonwealth netball has a higher number of active participants than any other sport. It actually began here in the United States as women's basketball in 1895, before it was exported to Britain and the British Commonwealth, which is where it gained in popularity. Netball is a fast, skilful team game based on running, jumping, throwing and catching. Teams may include up to 12 players but only 7 may take the court at any one time. It is an amateur sport, is registered as an official Olympic sport and has been part of the Commonwealth Games program since 1990.
In brief Netball:
- is played either indoors or out on a hard surface by two teams of seven players restricts areas in which team members play
- requires goals to be scored by throwing a ball through a ring which is attached to a post 3.05 meters high.
- Requires players to pass or shoot within three seconds
- allows no contact which interferes with play
- restricts the number of steps players may take with the ball
For a full description of the game and rules please click here: www.netball.org. To actually see the game in action click here to see video of MINCers in action courtesy of NY1 News.
ABOUT MANHATTAN INTERNATIONAL NETBALL CLUB
The Manhattan International Netball Club was established in 2000 by women with a love of netball and a desire to build a network of others who enjoy the game. The Club membership has grown ten fold since it was formed and continues to grow rapidly.
MINC caters to competitive and social players. The Club runs weekly practices in Manhattan and regularly fields three teams at local or national tournaments. The aim of the Club is to allow those who participate at a high level achieve their full potential, while also recognizing that the Club provides a strong social network for its members. It balances these aims by having committees focused on coaching and development, as well as committees focused upon social events.
NOTEWORTHY ACCOMPLISHMENTS
MINC is proud that four of its members were selected for the USA National Squad in 2010. Eight members also trained for the World Championships in Jamaica in July 2003: one of our players was selected in the final team to represent the USA, with two more players selected as alternates.
MINC players have also participated in demonstration netball games at Madison Square Garden in New York, and most recently, at the Prudential Center in New Jersey.
MINC hosted the first netball tournament ever conducted in Manhattan, in August 2004. Teams from around the USA were in attendance along with representatives from the Mayor's office and various news media. The club also hosted a very successful tournament celebrating its 10th anniversary in August 2010.
Thursday, 8 December 2011
PROSES MENYAMBUT BOLA
FASA YANG UMUM DALAM PROSES MENYAMBUT BOLA
FASA 1:Persediaan untuk menyambut hantaran
# melepaskan diri dari lawan, jika perlu
# mencari ruang untuk bergerak dan berkomunikasi dengan pemilik bola
FASA 2:Penghantaran bola oleh penghantar
# memerhati gerak bola yang dilepaskan pemain yang melakukan hantaran
# pemain hendaklah memutuskan cara mana hendak menyambut bola
FASA3:Kontek bola dengan tangan (tangkapan)
# menyambut bola dengan menghulurrkan tangan ke arah bola
# bola dipegang dengan kemas dengan jari-jari
#pada masa yang sama siku dibengkokkan
MENDARAT SEBELAH KAKI
(a) Pemain boleh mendarat dengan menggunakan kaki kanan
dan diikuti dengan kaki kiri. Untuk mengimbangkan badan, pemain hendaklah
melontarkan bola sebelum kaki yang mula mendarat tadi memijak lantai semula.
(b)
Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki, melompat dari
kaki yang sama ke kaki yang satu lagi dan melompat semula sebelum melepaskan
bola. Ini akan memberinya peluang untuk mengimbangkan diri dan bergerak jauh di
samping memberi kekuatan kepada lontaran bola yang seterusnya
MENDARAT DUA BELAH KAKI
Selepas menerima bola, pemain boleh;
(a) Mendarat di atas kedua belah kaki, melangkah dengan
sebelah kaki serta membaling bola.
(b) Pemain dibenarkan mendarat di atas kedua belah kaki
secara serentak dan kemudiannya terus melompat dengan dua belah kaki tersebut
tetapi bola mestilah dibaling kepada rakan pasukan yang lain sebelum mendarat
semula.
(c)
Dalam pendaratan kedua-dua kaki ini, pemain boleh memilih sebelah kaki sebagai
paksi untuk membolehkannya berpusing beberapa kali pada kaki yang satu lagi
sebelum menghantar bola kepada ahli pasukan yang lain. Ini bertujuan untuk
mekepada siapa seterusnya bmbolehkan pemain yang sedang memegang bola mencari dan memerhatikan ola akan dihantar
MENJARING DENGAN BETUL
Terdapat dua orang pemain yang dibenarkan membuat jaringan iaitu GA dan GS.
Percubaan menjaringkan gol boleh dilakukan dimana-mana tempat di dalam bulatan jaringan.
Kawasan jaringan hanya boleh diduduki oleh pemain-pemain GS, GA, GK dan GD sahaja.
Terdapat beberapa cara jaringan boleh dibuat. Anataranya ialah :
1) Jaringan statik sebelah tangan
2) Jaringan sambil melompat
3) Jaringan sambil berlari
CONTOH MENJARING
CONTOH MENJARING
STRATEGI PERMAINAN
STRATEGI PERMAINAN
Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukan corak permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan. Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukan lawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebih cemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukan lawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran ke dalam atau lambungan. Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jika tidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Strategi Untuk Hantaran Tengah
Strategi I Perhatikan rajah kedudukan pemain di bawah. Latihan strategi seperti ini bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel. WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang sedang berada dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun berada dalam kawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat jaringan gol.
Strategi Hantaran ke Dalam
Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini bergantung kepada pasukan mana yang sedang menguasai bola. (Dari Kawasan Gol??) Apabila bola dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan pertama, bola akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah strategi pertama hantaran ke dalam bermula. Ini bererti pasukan yang bertahan akan bertindak sebagai penyerang untuk melaksanakan strategi ini. Dengan berpandukan rajah di bawah (mana??), kita dapat lihat bagaimana strategi ini dilaksanakan. Pemain GK akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola kepada pemain GD. Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada kedudukan GD2 (gerakan ini hendaklah pantas). Ini bererti pemain GD sudah melarikan diri daripada kawalan atau kedudukan awalnya. Pemain WD juga akan bergerak pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran daripada pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan ini yang pada mulanya berada pada kedudukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan menyerang.
Strategi Pertahanan
Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan lawan dapat dipatahkan dan setiap percubaan membuat jaringan dapat digagalkan. Ia juga bertujuan merampas bola sekali gus menukar kedudukan daripada posisi bertahan kepada menyerang. Bertahan bererti mengawal pasukan lawan. Pemain yang berpengalaman akan memilih bermacam-macam cara untuk membuat pertahanan yang baik, kerana jika pertahanan lemah atau tidak teratur, pihak lawan dengan mudahnya dapat membolosi barisan pertahanan untuk membuat serangan.
Strategi Untuk Hantaran Tengah
Strategi I Perhatikan rajah kedudukan pemain di bawah. Latihan strategi seperti ini bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel. WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang sedang berada dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun berada dalam kawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat jaringan gol.
Strategi Hantaran ke Dalam
Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini bergantung kepada pasukan mana yang sedang menguasai bola. (Dari Kawasan Gol??) Apabila bola dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan pertama, bola akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah strategi pertama hantaran ke dalam bermula. Ini bererti pasukan yang bertahan akan bertindak sebagai penyerang untuk melaksanakan strategi ini. Dengan berpandukan rajah di bawah (mana??), kita dapat lihat bagaimana strategi ini dilaksanakan. Pemain GK akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola kepada pemain GD. Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada kedudukan GD2 (gerakan ini hendaklah pantas). Ini bererti pemain GD sudah melarikan diri daripada kawalan atau kedudukan awalnya. Pemain WD juga akan bergerak pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran daripada pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan ini yang pada mulanya berada pada kedudukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan menyerang.
Strategi Pertahanan
Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan lawan dapat dipatahkan dan setiap percubaan membuat jaringan dapat digagalkan. Ia juga bertujuan merampas bola sekali gus menukar kedudukan daripada posisi bertahan kepada menyerang. Bertahan bererti mengawal pasukan lawan. Pemain yang berpengalaman akan memilih bermacam-macam cara untuk membuat pertahanan yang baik, kerana jika pertahanan lemah atau tidak teratur, pihak lawan dengan mudahnya dapat membolosi barisan pertahanan untuk membuat serangan.
Wednesday, 7 December 2011
KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA JARING
- menghantar
- menyambut
- gerak kaki
- mengawal dan mengelak
- menjaring
- hantaran tengah, hantaran bebas dan lemparan masuk
- strategi asas menyerang dan bertahan
MENGHANTAR
- Hantaran aras bahu
- Dengan sebelah tangan dari atas aras bahu.
- Melangkah ke arah penerima sambil memindahkan berat badan ke kaki yang melangkah ke depan .
Tujuan
*untuk hantaran jauh dan tinggi.
Butir-butir mengajar
- Gerakkan bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku yang dibengkokkan.
- Tangan dan jari ikut lajak ke arah lontaran.
- Hantaran adua-dua ras dada
- Dengan kedua-dua belah tangan.
- Bola ditolak dari dekat badan di aras dada dengan jari-jari tangan melingkungi bola.
- Tindakan menolak yang kuat dengan meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan jari-jari.
Tujuan
*Untuk hantaran pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila penerima tidak dihalang oleh lawannya.
Butir-butir mengajar.
- Badan dalam kedudukan seimbang.
- sebelah kaki melangkah ke arah lontaran.
- Luruskan tangan serentak dengan hantaran.
- Hantaran lantun
- Dengan sebelah atau kedua-duabelah tangan.
- Dengan sebelah tangan,mulakan pergerakan melontar bola dari aras bahu sambil merendahkan badan.
- Dengan kedua-dua belah tangan , mula tolakkan bola dari aras dada.
- Tolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan untuk mengimbangkan badannya.
Tujuan
*Untuk membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi kawalan ketat. Gerakeliru digunakan sebelum bola dilantunkan kepada penerimanya.
Butir-butir mengajar
- Lantunkan bola tepat ke sasaran dengan pergerakan pergelangan tangan.
- Bertindak dengan pantas.
- Ketika melantunkan bola condongkan badan sedikit ke depan.
- Hantaran atas kepala
- dengan kedua-dua belah tangan.
- bola diangkat tinggike atas kepala dan dilontarke sasarannya dengan meluruskan siku.
Tujuan
*Untuk mengatasi kawalan pemaian yang menghadang penerima.
Butir-butir mengajar
- Bawa bola ke belakang kepala sebelum melontarnya.
- Luruskan siku ketika melepaskan bola ke depan.
- Pandang pergerakan penerima.
- Hantaran rendah / sisi / bawah
- Dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan.
- Bola dibawa ke sisi badan pada aras pinggang.
- Dengan kedua-dua belah tangan bola digerakkan ( ditolak ke arah penerima).
- Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan bola dari belakang badan.
Butir-butir mengajar
- Sambil menghantar bola, pindah berat badan ke kaki depan.
- Gunakan pergerakan pergelangan tangan untuk mengarahkan bola ke sasaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)
